Pengujian
PENGUJIAN
Pengujian
- Satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku individu dalam pembelajaran
- Ada peraturan dan prosedur yang perlu diikuti seperti pembinaan alat ukur yang sah dan boleh dipercayai, permarkahan, pengredan dsb.
- Mesti ada alat yang sesuai. Biasanya soalan.
- Ada pelbagai jenis, berdasarkan tujuan ujian tersebut.
Langkah-langkah Penggubalan Ujian
• Menetapkan objektif ujian yang akan ditadbirkan;
• Menentukan isi kandungan dan kemahiran yang akan diuji;
• Menetapkan taksonomi ujian;
• Menggubal Jadual Spesifikasi Ujian; dan
• Menubuhkan alat uji.
Objektif ujian
• Setiap ujian yang ditadbirkan ada objektifnya;
• Objektif ujian akan menentukan:
– Jenis ujian yang akan dibina
• Ujian pencapaian, ujian bakat, ujian diagnostik dll.
– Alat uji yang akan digubal
• Item soalan, pemerhatian, senarai semak dll.
– Darjah kesukaran ujian
Isi kandungan dan kemahiran
• Merujuk kepada sukatan pelajaran yang dikeluarkan PPK;
• Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah (KBSM dan KSSM)
• Berasaskan kemahiran bahasa yang telah diajarkan di dalam kelas.
Pemilihan Taksonomi
• Terdapat tiga jenis taksonomi, iaitu
– Taksonomi kognitif
– Taksonomi afektif
– Taksonomi psikomotor
• Taksonomi untuk ujian Bahasa Melayu ialah taksonomi koginitif
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
• Dibuat dengan tujuan merangka penggubalan soalan ujian;
• Perkara yang diambil kira semasa membina JSU ialah
– Pemberatan soalan;
– Jenis soalan;
– Panjang masa ujian;
– Jumlah butiran/item; dan
– Aras taksonomi soalan.
• Paksi JSU
– Kandungan
• Berasaskan kandungan sukatan pelajaran;
• Pemberatan butiran bagi setiap tajuk (wajaran).
– Kemahiran
• Kemahiran dan subkemahiran yang digariskan dalam kurikulum;
• Butiran yang dikemukakan benar-benar menguji kemahiran.
– Aras taksonomi
• Tentukan jumlah butiran yang akan digubal bagi setiap aras.
Menggubal soalan
• Pada umumnya terdapat dua jenis soalan, iaitu soalan subjektif dan soalan objektif.
• Soalan subjektif memerlukan calon menjawab dalam bahasa mereka sendiri.
• Soalan objektif memerlukan calon memilih salah satu jawapan yang betul.
• Elok dilakukan dalam kumpulan bagi menjaga kualiti soalan.
• Soalan berfungsi dan mengikut JSU. Berfungsi bermaksud dapat menguji kemahiran yang hendak diuji.
• Pelajar jelas tentang tugasan yang akan dilaksanakan.
Jenis soalan/item subjektif
• jawapan pendek
• esei / karangan
• kloz
• melengkapkan teks
Ciri-ciri soalan subjektif
• Perlu ada tugasan seperti huraikan, bincangkan, ceritakan, apakah, mengapakah, di manakah dll.
• Tugasan hendaklah ditulis pada awal ayat. Contohnya: Tuliskan sepucuk surat kepada …..
• Jelaskan had tugasan seperti `250 patah perkataan’.
• Jangan terlalu umum / luas
• Bahasa yang digunakan mudah difahami, ringkas, tepat dan padat.
Item soalan objektif
• betul / salah
• aneka pilhan
ü satu jawapan betul
ü jawapan terbaik
ü pilihan jamak
ü padanan
Ciri-ciri soalan objektif
• Mengandungi
ü stem, iaitu pernyataan soalan
ü pilihan, iaitu pilihan jawapan yang berpotensi menjadi petunjuk
ü dan petunjuk, iaitu jawapan yang betul.
• Terdapat pelbagai jenis soalan objektif seperti soalan aneka pilihan, padanan, jawapan terbaik, dsb.
• Elakkan daripada mengulangi frasa atau perkataan yang sama dalam pernyataan.
• Elakkan daripada menggunakan dua perkataan negatif dalam satu stem.
• Pastikan jawapan hanya satu sahaja.
• Semua pilihan mesti selaras dengan stem daripada segi tatabahasa.
• Setiap pengganggu mesti menunjukkan sifat boleh menjadi petunjuk.
• Elakkan daripada memberi `hint’ jawapan kepada pelajar seperti menyalin seluruh ayat dalam teks, pengganggu yang langsung tidak berkenaan.
• Selaraskan panjang/pendek pilihan jawapan dan jumlah pilihan.Sebaik-baiknya perkataan/frasa/ayat yang pendek didahulukan.
• Elakkan daripada menggunakan pernyataan `semua yang di atas’ atau `tidak ada satupun yang di atas’
• Sebarkan pilihan petunjuk secara rawak.
• Tidak ada butiran yang bertindih.
• Format penulisan butiran perlu selaras. Pilihan ditulis ke bawah, bukan melintang.
• Jika pilihan dalam bentuk ukuran/ timbangan hendaklah ditulis pada setiap pilihan.
• Arahan mesti jelas dan hendaklah ditulis sebelum soalan.
• Satu unit soalan mesti dalam muka surat yang sama.
Titanium Grappled Bicycle Bicycle Gathers & Accessories - TITANIAN
BalasPadamTitanium Grappled Bicycle Gathers & Accessories - aftershokz trekz titanium TITANIAN Bicycle micro hair trimmer Gathers & Accessories titanium pans - TITANIAN Bicycle Gathers & Accessories - TITANIAN titanium ingot Bicycle Gathers & Accessories - TITANIAN $59.00 · In stock titanium body armor