Pentaksiran Tentang Pembelajaran (AOL)
PENTAKSIRAN TENTANG PEMBELAJARAN
Maksud Pentaksiran Tentang Pembelajaran
- Pentaksiran tentang pembelajaran bermaksud proses pengumpulan maklumat unuk mengesan tahap pencapaian pelajar secara keseluruhan setelah pelajar selesai mengikuti sesuatu unit pembelajaran atau program dalam tempoh yang ditetapkan.
- Dilaksanakan pada akhir pengajaran contohnya pada akhir semester atau pada akhir tahuakademik.
Tujuan Pentaksiran Tentang Pembelajaran
- Untuk menentukan sama ada pembelajaran disempurnakan secukupnya untuk mengalih pelajar ke segmen pengajaran berikut. Ia digunakan untuk memberi gred kursus atau untuk pensijilan tentang penguasaan pelajar dalam hasil pembelajaran yang diingini
- Menyediakan satu rumusan penghakiman mengenai apa yang telah dipelajari
- Menentukan tanda aras mengenai apa yang murid boleh buat dan prestasi sekolah.
- Menggalakkan intervensi selanjutnya
- Dalam konteks bilik darjah sekolah Malaysia, pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan prestsi murid bagi penggal persekolahan atau tahun tertentu.
- Semua bukti bagi pentaksiran tentang pembelajaran wajib dikumpulkan dalam portfolio. Semua portfolio medti disimpan di sekolah ddan dibentangkan untuk proses semakan dan pengesahan.
- Pelaporan tentang pencapaian murid dalam pembelajaran dikeluarkan secara bertulis dalam bentuk markah, gred, band profil, pernyataan deskriptif sebahagian atau kesemuanya. Pelaporan boleh dibuat dalam bentuk sijil, pernytaan keputusan, profile atau testimony.
Ulasan
Catat Ulasan